Sekolah Kebangsaan Bertam Hulu telah diasaskan pada tahun 1910. Ia telah dirasmikan oleh O,T Dussek dengan nama asalnya “Sekolah Melayu Bertam Hulu”.
Bangunan yang dahulunya merupakan sebuah bangsal telah dibina secara bergotong-royong oleh penduduk setempat. Tapak pebinaan sekolah ini adalah sumbangan Puan Saniah yang menyewakannye pada pihak sekolah dengan kadar bayaran bulanan di Lot (3r Op).
Allahyaram En. Baba Bin Nayan adalah Guru Besar yang pertama, manakala Penghulu Mohd Saad dan Sidang Ariffin merupakan tokoh penting yang mengasaskan sekolah ini. Bangunan bertiang simen, berdindingkan papan dan kawat jaring serta berbumbungkan atap genting ini akhirnya digantikan dengan bangunan separuh siap kekal. Bangunan yang mempunyai 4 bilik darjah ini dibina di atas sebidang tanah yang berhampiran di lot 227(1) pada tahun 1963.
Setelah siap terbina sekolah ini bangunan yang menjadi gedung ilmu bagi penduduk Bertam Hulu ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Abdul Hamid Khan, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Bersempena dengan majlis perasmian yang penuh bermakna iti nama Sekolah Melayu Bertam Hulu telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Bertam Hulu.
LOKASI SEKOLAH
LOKASI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Bertam Hulu terletak 13.6 km dari Bandar Melaka. Ia termasuk dalam daerah Melaka tengah dan di letakkan dalam kumpulan Kawasan Tanjung.
Luas kawasan sekolah ini ialah 3 ekar 1 rod 19 ole dan terletak di lot 227(1) & 276. Sekolah ini dibina sepenuhnya oleh kerajaan.